Friday, November 4, 2011

Tips on improving cash-flow /Tip-tip untuk menambah-baik aliran tunai

Business is about cash-flow. If you have bad cash-flow management you will face difficulties paying your suppliers, employees and even yourself.

But cash-flow is not profit. It is not the same. You can be making millions in profits but still ended up not being able to pay your suppliers. And if this happens, you have to pay attention now as cash-flow problem is one of the most common reason profitable business fail.

1. Check your financial model and system and make sure you have a cashflow-positive model.

This means that you cash inflow and cash outflow are matched or in the favour of cash inflow. If your customer has a longer credit term that your own credit term with your supplier that is a problem. This also means that your are cashflow positive AFTER taking into consideration all other hidden cost like interest cost, storage cost and penalties etc.

2. Check for leakages

Entrepreneurs, especially the small and medium sized ones, usually fly solo and have skeletal staff. Leakages do happen if we are too busy chasing for new deals and customers. Fix the leak fast. Plug it before it sinks your ship.

3. Lower margin, high multiplier

Profit = margin x multiplier

Say for every RM1.00, you make 10 sen or 10%. But if the customer takes 6 months to pay you, that one Ringgit will generate 20 sen (two multiplier) a year. But if you aim for lower margin (say 8%) but make the customer pay you every month, then your profit is 96 sen or 96% (12 times multiplier). If you have an invoice which takes 60 days, use factoring or other means to get the cash back fast. When you have the cash faster, you can roll it more times. (I will talk more on factoring in the next posting)

4. Pumping more cash is not the solution

Raising capital to fix a cashflow problem is not necessarily the solution. In fact, it is never the first solution. Check and fix your financial model first and then if you need more resources, follow these steps: (a) List down what you need (b) negotiate the cost with yourself (c) Use internal funding strategies (d) use factoring (e) seek outside funding.  If you have not done this, do not borrow or invest more money - it may be wasted away.

Work Smart People.

The Author is the principal of ElixirEducate - a training house for Smart Entrepreneur Program Series. He was an international investment banker, corporate financier and now serial entrepreneur and business coach. You can find more information on ElixirEducate on their facebook page, here.  And be a facebook friend  of Yazdi . Please share this information with your entrepreneur friend who may benefit from this post. They could be an existing entrepreneur or someone who plans to start a business.  You can also join the growing business network of Entrepreneurs in Malaysia by joining this group. Thank you.


VERSI BAHASA MELAYU

Perniagaan adalah aliran tunai. Jika anda mempunyai pengurusan aliran tunai yang tidak bagus, anda akan menghadapi kesukaran membayar pembekal anda, pekerja dan juga diri sendiri.
Tetapi aliran tunai positif bukanlah bererti keuntungan. Ia tidak sama. Anda boleh membuat keuntungan
berjuta-juta tetapi tidak mampu untuk membayar pembekal anda. Dan jika ini berlaku, anda perlu memberi perhatian sekarang sebab masalah aliran tunai merupakan salah satu sebab yang paling kerap menyebakanb perniagaan yang menguntungkan gagal.
1. Semak model dan sistem kewangan anda dan pastikan anda mempunyai model aliran tunai positif.
Ini bermakna bahawa  aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai dipadankan atau memihak kepada aliran masuk tunai (masuk lebih kerap dari keluar). Jika pelanggan anda mempunyai kredit jangka panjang melebihi kredit anda dengan pembekal anda sendiri, ini akan menjadi masalah. Anda juga harus memastikan aliran tunai adalah positif SELEPAS dengan mengambil kira semua kos lain yang tersembunyi seperti kos faedah, kos penyimpanan dan penalti dan lain-lain
2. Periksa untuk kebocoran
Usahawan, terutama yang bersaiz kecil dan sederhana, biasanya terbang solo dan mempunyai kakitangan yang sedikit. Ketirisan/kebocoran berlaku jika kita terlalu sibuk untuk
mengejar  tawaran dan pelanggan-pelanggan baru sehingga tidak memantau aliran tunai. Betulkan bocor segera. Sumbat kebocoran sebelum ia meneggelamkan kapal anda.
3. Margin yang lebih rendah, pengganda yang tinggi
Keuntungan = margin x pengganda
Katakanlah untuk setiap RM1.00, anda membuat 10 sen atau 10%. Tetapi jika pelanggan mengambil masa 6 bulan untuk membayar anda, ini bermakna satu Ringgit akan menjana 20 sen (dua pengganda) tahun. Tetapi jika anda menerima margin yang lebih rendah (katakan 8%) tetapi membuat pelanggan membayar anda setiap bulan (lebih kerap), maka keuntungan anda adalah 96 sen atau 96% (12 kali pengganda). Jika anda mempunyai invois yang mengambil masa selama 60 hari, gunakan pemfaktoran atau cara-cara lain untuk mendapatkan wang tunai dengan lebih cepat. Apabila anda mempunyai wang tunai lebih cepat, anda boleh mengunakkannya dengan lebih banyak kali. (Saya akan bercakap lebih mengenai pemfaktoran dalam posting yang akan datang)
4. Mengepam lebih banyak wang bukan penyelesaian
Penjanaan modal untuk menyelesaikan masalah aliran tunai tidak semestinya berkesan. Malah, ia bukan cara penyelesaian yang pertama. Periksa dan pastikan model kewangan anda terlebih dahulu dan kemudian jika anda memerlukan lebih banyak sumber anda ikutlah langkah ini: (a) Senaraikan apa yang anda perlukan (b) berunding kos dengan diri sendiri (c) Gunakan Strategi Pembiayaan dalaman (d) Pemfaktoran (e) cari pembiayaan di luar. Jika anda tidak melakukan ini, jangan meminjam atau melabur lebih banyak wang - ia boleh menjadi sia-sia.
Berniagalah dengan bijak


Pengarang adalah prinsipal ElixirEducate - Pusat Latihan Siri Usahawan Bijak. Beliau adalah bekas pegawai bank pelaburan antarabangsa, pembiaya korporat dan kini adalah usahawan dan jurulatih perniagaan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ElixirEducate di laman facebook mereka, di sini. Dan jadilah kawan facebook-Yazdi. Sila berkongsi maklumat ini kepada rakan usahawan anda yang boleh mendapat manfaat daripada post ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment